AM

Penjara Sungai Udang Kesan Waris Banduan Meninggal Dunia

17/07/2025 01:35 PM

MELAKA, 17 Julai (Bernama) -- Penjara Sungai Udang sedang mengesan waris kepada Allahyarham Azadin Abdul Aziz, 70, yang telah meninggal dunia di Hospital Besar Melaka.

Menurut kenyataan Penjara Sungai Udang, alamat terakhir arwah ialah di No. 68, Jalan Aman 7, Taman Aman, 45400 Sekinchan, Selangor.

“Waris yang dikenal pasti setakat ini ialah Azizan Abdul Aziz, beralamat di No. 19, Lorong Enggang 26, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

“Pihak penjara sedang berusaha menyerahkan jenazah kepada waris serta menguruskan urusan pengebumian,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris berkenaan atau individu lain yang berkaitan diminta segera menghubungi Penjara Sungai Udang bagi melancarkan proses penyerahan jenazah.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian 06-3519600 atau 019-4617366 (Pejabat Pendaftar, Penjara Sungai Udang).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan