KUANTAN, 15 Mei (Bernama) -- Seorang pesara kerugian RM472,000 akibat terperdaya sindiket penipuan telefon, Mac lepas.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 71 tahun itu menerima panggilan pada 30 Mac daripada individu menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta anggota polis.
“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah sebelum mengarahkan lelaki itu mengeluarkan semua wang simpanan untuk siasatan.
“Mangsa membuat transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank melalui mesin deposit tunai di KotaSAS di sini dari 7 April hingga 8 Mei menggunakan wang Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan dan pencen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azry Akmar berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam selepas sedar ditipu apabila suspek meminta wang tambahan atas alasan dijadikan jaminan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial