JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Giat Buru Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Senegara

19/04/2026 10:38 AM

BUKIT MERTAJAM, 19 April (Bernama) -- Polis Pulau Pinang masih giat mengesan suspek utama kes bunuh seorang lelaki Myanmar yang berlaku di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat di sini pada 5 April.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berusia 30-an itu yang juga rakan senegara mangsa. 

“Polis percaya suspek masih berada dalam negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sehubungan dengan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi balai polis berhampiran. 

Azizee berkata tiga rakan suspek utama terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditangkap sehari selepas kejadian akan dibebaskan dengan jaminan polis.

 Pada 5 April, seorang pekerja kilang warga Myanmar berusia 53 tahun ditemukan maut dalam keadaan meniarap di tepi jalan dengan kesan tikaman pada bahagian rusuk. 

Suspek dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada seorang rakan yang kemudiannya menyalurkan maklumat tersebut kepada polis pada 10.50 malam. 

Bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat luka tikaman pada jantung. 

Susulan kejadian itu, polis menahan dua rakan lelaki dan seorang wanita dipercayai kekasih suspek yang berusia 37 dan 38 tahun bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan