AM

Mustapa Mohamed Terima Anugerah Daripada Kerajaan Jepun

29/04/2024 08:40 AM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diberikan penghormatan tersebut sempena Spring Imperial Conferment 2024.

“Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau memperkukuh perdagangan dan hubungan ekonomi Jepun-Malaysia dengan menggalakkan penyertaan Malaysia ke dalam CPTPP (Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik) dan mengembangkan Dasar Pandang Ke Timur,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Mustapa juga mengukuhkan hubungan bidang tenaga antara kedua-dua negara dengan penyediaan bekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil kepada Jepun dan mengumumkan sokongan Malaysia kepada Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan