DUNIA

Simon Harris Dipilih Perdana Menteri Baharu Ireland

10/04/2024 12:03 AM

DUBLIN, 9 April (Bernama-dpa) -- Ahli Parlimen Ireland pada Selasa mengundi menyokong pencalonan pemimpin Parti Fine Gael, Simon Harris sebagai Perdana Menteri baharu negara itu berbanding 69 ahli menentang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Harris, 37, akan pergi ke kediaman rasmi Presiden Ireland Michael D. Higgins, yang pelantikannya sebagai perdana menteri termuda di negara itu akan disahkan.

Presiden akan menandatangani Waran Pelantikan dan menyerahkan Mohor Taoiseach dan Mohor Kerajaan kepada Harris pada satu majlis di Aras an Uachtarain di Phoenix Park, Dublin.

Bapa kepada dua anak itu akan menjadi perdana menteri Ireland ke-15 selepas peletakan jawatan mengejut Leo Varadkar sebagai pemimpin Fine Gael tiga minggu lepas.

Varadkar secara rasmi meletak jawatan pada pertemuan dengan Higgins petang Isnin, membuka jalan untuk pemilihan Harris pada Selasa.

-- BERNAMA-dpa


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan