DUNIA

Gempa Bumi Bermagnitud 5.4 Landa Timur Taiwan

07/04/2024 11:14 PM

TAIPEI, 7 April (Bernama-CNA) -- Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) seperti dilaporkan Central News Agency (CNA).

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini. 

Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9 km, menurut CWA. 

Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien dan Yilan yang berukuran 4 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.

Ia juga amat dirasai di Taipei dan New Taipei.

Secara keseluruhan data CWA menunjukkan pada Ahad pukul 7.22 malam, berlaku 710  gegar penghujung sejak 3 April, lapor CNA.

-- BERNAMA-CNA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan