KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.
Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kenderaan ketika ini dilaporkan bergerak perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya akibat kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dan beberapa kenderaan.
“Setakat ini hanya lorong kecemasan yang boleh digunakan dan kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan. Pada masa yang sama, terdapat pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak, tetapi keadaan trafik masih lancar,” katanya.
Sementara itu, aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama di negara ini termasuk di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial