AM

Kpdn Kelantan Sita 2,016kg Gula Pasir Disimpan Dalam Premis Di Kota Bharu

03/04/2024 12:34 AM

KOTA BHARU, 2 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 2,016 kilogram (kg) gula pasir dipercayai cuba disorok peniaga di sebuah premis dekat Kok Lanas, semalam.

Pengarahnya Azman Ismail berkata serbuan dijalankan selepas menerima aduan orang awam mengenai peruncit terbabit yang menyimpan barang kawalan melebihi kuantiti dibenarkan.

"Serbuan dilakukan pada 12 tengah hari mendapati seorang peniaga runcit berlesen barang kawalan menyimpan sejumlah gula pasir melebihi had yang dibenarkan di dalam lesen di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan bekalan 1961.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Azman berkata pihaknya turut menyita 425 liter minyak petrol bersama sebuah kereta jenis Mitsubishi Pajero dekat Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor di Tumpat.

Katanya, rampasa melalui Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan dilakukan pada 11.45 malam, bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengakalan Kubor.

"Maklumat pasukan risikan mendapati sebuah rumah dijadikan transit simpanan sementara sebelum  membawa muatan barang kawalan untuk diselewengkan.

"Kita mendapati suspek membuat pembelian pengisian minyak petrol ke dalam tangki kereta yang diubah suai berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat," katanya yang turut menjumpai 11 tong jerikin berisi minyak petrol.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan