DUNIA

Tebusan Dalam Sebuah Kafe Di Belanda Dibebaskan Selepas Suspek Serah Diri

31/03/2024 12:39 AM

AMSTERDAM, 30 Mac (Bernama-Agensi) -- Situasi penahanan tebusan di Bandar Ede, Belanda berakhir dengan penahanan seorang individu, lapor media tempatan pada Sabtu menurut Agensi Berita Jerman (dpa).  

Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue, menurut jurucakap kepada datuk bandar tempatan, lapor Agensi Berita ANP.

Penahanan tebusan pada pagi Sabtu membawa kepada operasi besar-besaran polis di bandar ke timur Utrecht itu. 

Sementara itu Sputnik melaporkan tiga orang yang ditahan sebagai tebusan di sebuah kafe di Ede telah dibebaskan, kata polis pada Sabtu.

Terdahulu pada hari ini polis Belanda berkata beberapa orang telah ditahan sebagai tebusan di Ede tetapi tiada tanda ia bermotifkan keganasan.

-- BERNAMA-AGENSI

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan