KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Seramai 327 pelajar Sarawak di Semenanjung diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama kerajaan negeri itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mereka terdiri daripada pelajar Kolej Genius@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia dan institut pengajian tinggi serta anak petugas Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak, yang turut menerima sumbangan serta duit raya.
Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang.
Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Hui Kian selain barisan menteri Sarawak dan Persekutuan.
Majlis tahunan itu turut disertai wakil-wakil badan bukan kerajaan dan rakyat Sarawak yang menetap di Semenanjung.
Wan Junaidi, Fadillah dan Abang Johari turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama tetamu yang hadir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial