BUKIT MERTAJAM, 4 Mac (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah mengeluarkan sebanyak 162 saman dalam Ops Pelbagai Kesalahan yang dijalankan di Jalan Arowana, Seberang Jaya di sini semalam.
Kenyataan JPJ Pulau Pinang hari ini memaklumkan sebanyak 410 kenderaan diperiksa dan 92 daripadanya telah diambil tindakan dalam operasi tiga jam itu yang bermula pada 2 petang.
"Penguatkuasaan itu bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan 1959.
"Sebanyak 162 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial