KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berada di landasan tepat dalam pemburuan gelaran 'treble’ mereka musim ini selepas melangkah ke separuh akhir saingan Piala TNB hari ini.
TNB memulakan musim 2024 dengan langkah kanan apabila menjulang Piala Sumbangsih selepas menang 3-1, menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) sebelum mengesahkan kejuaraan liga dengan bergaya selepas membelasah JM Antsbees 22-1.
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City (KL) 17-1.
Terdahulu, skuad kendalian Nor Saiful Zaini mempunyai kelebihan agregat apabila menundukkan KL 7-0 pada perlawanan suku akhir pertama, Jumaat lepas.
TNB menempah pertemuan separuh akhir berdepan UiTM HA-KPT (UiTM) pada 5 Mac ini, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
UiTM dalam satu lagi aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang, menundukkan Nurinsafi Sporting (NI) 3-1, selepas menang 2-1 pada aksi pertama.
Sementara itu, juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir apabila mengatasi Liaoning Men's Hockey Team (LMHT) 4-0.
Menanti THT di separuh akhir pasukan Maybank yang menewaskan TNB Thunderbolts 7-2.
Pada suku akhir pertama, Maybank mencatat kemenangan 7-1.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial