KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Harapan untuk melihat wakil tunggal negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke final Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di Mulhein An Der Ruhr hari ini.
Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle.
Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan akhir esok. Terdahulu wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.
Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial