SUKAN

SHUHAILY KENANG JASA PARAMALINGAM, HOKI BENTUK DISIPLINNYA

05/02/2024 11:53 PM

KLANG, 4 Feb (Bernama) -- Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.

Berkongsi berkenaan pengalamannya ketika bergelar pemain hoki, Mohd Shuhaily berkata selain disiplin, elemen bermain sebagai satu pasukan juga banyak membantu beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai polis.

"Displin, kerja sepasukan dan mahu menang (membentuk diri saya hari ini). Sama juga ketika bekerja, Kita perlu ada kawan-kawan dan rakan sepasukan untuk mencapai sesuatu dan ia mengenai strategi untuk menjayakannya.

"Saya rasa saya dapat asas merancang dan kerja berpasukan daripada jurulatih-jurulatih yang hebat dan bagus," katanya ketika melawat bekas jurulatihnya C Paramalingam, di kediamannya di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily yang mula bermain hoki seawal usia 12 tahun, pernah mewakili Selangor dalam beberapa kejohanan seperti Piala Razak, Sukan Malaysia (Sukma) dan liga nasional.

Pada pertemuan itu, Mohd Shuhaily dan beberapa bekas pemain hoki negara memberikan cenderahati kepada Paramalingam, sebagai memperingati jasa jurulatihnya itu.

Sementara itu, Paramalingam berkata beliau terharu dan melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan anak-anak buahnya, selepas sekian lama tidak berjumpa.

"Saya gembira untuk dapat berjumpa mereka semula. Saya masih ingat masa ketika mereka diarahkan untuk berlari di tepi Stadium Hoki MPK (Majlis Perbandaran Klang), yang merupakan pusat latihan kami.

"Kini mereka semua telah dewasa dan berjaya dalam tugas masing-masing.

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan