AM

GUNA TURAPAN BLOK JENIS KONKRIT SEKITAR PASIR GUDANG, LEBIH EFISIEN - MB JOHOR

31/01/2024 12:48 AM

JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor merancang untuk menggunakan turapan blok jenis konkrit terutamanya di sekitar Pasir Gudang, di sini bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kenderaan berat.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata turapan jalan menggunakan kaedah berkenaan terbukti lebih efisien untuk menampung kenderaan berat seperti lori kontena.

Menurut Onn Hafiz beliau sering mendapat aduan tentang keadaan jalan raya yang tidak selamat digunakan dan antara kawasan berkenaan adalah di sekitar Pasir Gudang.

“Melalui lawatan ini, saya telah mencadangkan untuk menggunakan turapan blok konkrit terutamanya di persimpangan jalan.

“Saya juga memohon agar satu mesyuarat penyelarasan serta koordinasi semula pelan penyelenggaraan ini diperincikan semula bagi meneliti kaedah yang lebih baik dan efisien untuk penyelenggaraan jalan,” kata beliau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan