AM

BANJIR: TIGA SEKOLAH DI JOHOR DITUTUP ESOK

07/01/2024 10:50 PM

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Tiga sekolah di daerah ini ditutup bermula esok akibat banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh.

Menerusi satu kenyataan ringkas hari ini beliau berkata tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, ⁠SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram, namun setakat ini tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersangkut akibat banjir di negeri itu. 

“Mengikut kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek pada 2 Jan lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membenarkan murid mangsa banjir memakai baju biasa ke sekolah," katanya.

Norlizah berkata seramai 48,276 pelajar di negeri itu dijangka menduduki peperiksaan SPM dengan ujian lisan bermula hari ini diikuti ujian bertulis hingga 7 Mac, yang melibatkan 364 jumlah pusat peperiksaan dengan 4,205 petugas, 900 sukarelawan dan 112 penyelia kawasan. 

Selain itu, 8,831 pelajar pula akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula pada 22 Jan hingga 6 Feb, melibatkan 75 jumlah pusat peperiksaan dengan 572 petugas peperiksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan