AM

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERJEJAS OLEH GEMPA BUMI DI JEPUN

01/01/2024 10:29 PM

PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun pada Isnin, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

Gempa bumi itu dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan