SUKAN

Liga Malaysia: 10 Pemain Tidak Lagi Bersama Sri Pahang Musim Depan

29/12/2023 10:25 PM

KUANTAN, 29 Dis (Bernama) -- Sepuluh pemain Sri Pahang FC dalam Liga Malaysia musim 2023 tidak lagi akan bersama skuad Tok Gajah itu bagi mengharungi liga tahun hadapan.

Sri Pahang FC menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu memaklumkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva dan Sherzod Fayziev tidak akan bersama pasukan itu lagi. 

Pemain lain Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi dan Shahrul Nizam Mohd Nadzir. 

Justeru, Sri Pahang FC merakamkan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan keringat dicurahkan kesemua pemain itu sepanjang menyarung jersi Tok Gajah, selain impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai serta dikenang. 

“Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baharu,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan