EKONOMI

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL BERIKUTAN OPERASI BNM

26/12/2023 09:22 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit kepada RM43.13 bilion daripada RM43.51 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM23.91 bilion daripada RM25.97 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik, satu tender Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi Murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM43.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.90 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 22 Dis.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan