DUNIA

Thailand: Suhu Menurun Di Kebanyakan Wilayah Kecuali Selatan

18/12/2023 09:27 PM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 18 Dis (Bernama) -- Thailand dijangka mengalami cuaca lebih sejuk ekoran suhu diramalkan menurun sekitar satu hingga tiga darjah Celsius bermula 20 Dis hingga 25 Dis di Bangkok dan kebanyakan kawasan kecuali di bahagian selatan.

Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan suhu dijangka menurun apabila tekanan tinggi dari China melanda negara.

Gelombang sejuk dijangka menyebabkan suhu menurun sekitar lima hingga lapan darjah Celsius di Timur Laut, empat hingga enam darjah Celsius di Utara, tiga hingga lima darjah Celsius di Thailand Tengah (termasuk Bangkok) dan kawasan Timur dan dua hingga empat darjah Celsius di bahagian atas kawasan selatan antara 20 dan 25 Dis.

“Kawasan bertekanan rendah di hilir Laut China Selatan berkemungkinan bergerak merentasi Teluk Thailand dan Malaysia, akhirnya melanda Laut Andaman dengan membawa hujan lebat ke banyak kawasan di wilayah selatan.

"Keadaan ini boleh mencetuskan banjir kilat, terutamanya di kawasan lereng bukit," menurut agensi itu.

Ombak kuat juga diramal berlaku di Teluk Thailand dari 22 hingga 25 Dis.

"Ombak setinggi antara dua dan empat meter dijangka merentasi Teluk, dengan ombak lebih tinggi melebihi empat meter dijangka di kawasan mengalami ribut petir," menurut Jabatan Meterorologi Thailand.

Pengusaha bot kecil di Teluk Thailand dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak keluar semasa tempoh itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan