DUNIA

Putin Sifatkan Kenyataan Rusia Mungkin Serang Nato Sebagai "mengarut"

17/12/2023 08:26 PM

MOSCOW, 17 Dis (Bernama-Sputnik) -- Presiden Vladimir Putin pada Ahad menyifatkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai kemungkinan Rusia akan menyerang negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai "mengarut". 

"Itu kenyataan yang mengarut. Saya rasa Presiden Biden juga menyedari perkara itu. Ini hanyalah sekadar untuk mewajarkan kesilapannya mengenai hala tuju Rusia," kata Putin, lapor Sputnik.

Sebaliknya, Rusia berminat untuk meningkatkan hubungan dengan negara anggota NATO dan tidak mahu merosakkan hubungan itu.

Beliau berkata pada masa ini Rusia dan negara-negara berkenaan tidak mempunyai sebarang tuntutan wilayah terhadap satu sama lain.

"Rusia tidak mempunyai sebab - tiada kepentingan dari segi geopolitik, ekonomi, politik mahupun ketenteraan untuk melawan negara NATO," kata Putin.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan