AM

Jangan Pandang Konflik Di Gaza Sebagai Isu Bermusim

24/11/2023 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) – Masyarakat dunia tidak harus memandang isu Palestin secara bermusim sebaliknya ia perlu diberi perhatian secara berterusan untuk diselesaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Beliau berkata usaha mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa berhubung isu sebenar Palestin perlu dilakukan secara berterusan agar mereka terus konsisten bersama dalam menangani isu sejagat itu.

“Kita tidak mahu bila berlaku serangan di Gaza, baharu ada yang ambil tindakan seperti memakai mafela Palestin atau memboikot (produk berkaitan negara Israel) sebagai tanda solidariti terhadap Palestin,” katanya kepada pemberita pada Program Malam Mahabbah & Munajat Bersama Keluarga Palestin Di Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dekat sini hari ini.

Program itu dihadiri oleh Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)  Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.

Pada majlis itu GPM menyampaikan sumbangan kepada 300 keluarga Palestin yang hadir pada majlis tersebut.

--BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan