POLITIK

Bersatu Rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli Ke Lembaga Disiplin Parti

10/11/2023 12:23 AM

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Parti Bersatu akan merujuk dua Ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

“Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ) dan Ahli Parlimen Labuan, (Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman), masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di sini, malam ini.

Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan keputusannya untuk menyokong Perdana Menteri pada 12 Okt lepas diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt.

Seterusnya, perkara sama dilakukan oleh dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi yang menyatakan sokongan itu pada Selasa lepas dan Zahari mengisytiharkan sokongannya semalam.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan