DUNIA

Pelajar Malaysia Di Indonesia Anjur Program Bakti Sosial Di Jawa Barat

01/11/2023 02:26 AM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 31 Okt (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat mengadakan program khidmat bakti sosial di Bogor, Jawa Barat yang menekankan interaksi pembentukan sahsiah dan jati diri kanak-kanak melalui pendidikan kesihatan dan bimbingan agama.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MPPPSA) di Pondok Pesantren Al Mustafawiyah dan di Kampung Mongol pada 28 Okt buat kali kedua, selepas program pertama di Kampung Cahaya, Menteng Atas, di sini.

"Anggota PKPMI berusaha untuk menjadi 'agent of change' agar masyarakat di sekeliling dapat menerima manfaat daripada usaha yang dilakukan oleh para mahasiswa," kata Presiden PKPMI Pusat, Daniel Syafiq dalam satu kenyataan.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta Zulfadhli Hamzah menggesa pelajar agar sentiasa peka terhadap persekitaran dan melibatkan diri dalam aktiviti sukarela untuk memahami realiti kehidupan.

PKPMI dan MPPPSA juga berjaya mengumpul dana berjumlah 3.5 juta rupiah atau RM1,050 untuk diberikan kepada penduduk Kampung Mongol dalam bentuk barang keperluan asas.

Turut hadir ke program berkenaan ialah bekas pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI) Mubarak Shamsuddin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan