SUKAN

ZII JIA, AARON-WOOI YIK MARA KE SEPARUH AKHIR TERBUKA DENMARK

21/10/2023 09:06 AM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Dua wakil negara iaitu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia- Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Jumaat. 

Pada perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena menyaksikan pemain profesional Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun Kento Nishimoto 21-18, 21-18 dalam perlawanan sengit yang mengambil masa 51 minit. 

Juara Terbuka Artik itu dijadual bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu yang menumpaskan pemain a tuan rumah Rasmus Gemke 21-17, 21-12 dalam satu lagi perlawanan suku akhir semalam. 

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, He Ji Ting- Ren Xiang Yu 24-22, 18-21, 21-12.

Pilihan kelima kejohanan yang menghuni ranking keempat dunia itu akan membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di separuh akhir malam ini.

Terdahulu Kim-Anders telah menyingkirkan satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-19, 11-21, 21-14 pada suku akhir malam semalam. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan