AM

OPERASI MENCARI TIGA REMAJA HILANG DIBAWA ARUS SUNGAI DITERUSKAN HARI INI

16/10/2023 08:36 AM

SIBU, 16 Okt (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang hilang petang semalam setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa berdekatan Nangar di Daro, kira-kira 125 kilometer dari sini, diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi yang melibatkan jabatan itu bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditangguhkan kira-kira pukul 7.45 malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap.

Mangsa yang hilang itu dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan kejadian dari Balai Polis Daro pada 6.37 petang semalam, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan kekuatan lapan anggota serta jentera telah digerakkan ke lokasi.

“Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pukul 6.46 petang secara pencarian di permukaan air menggunakan peralatan khas, namun sehingga operasi itu ditangguhkan atas arahan polis semalam, mangsa-mangsa ini masih belum ditemukan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan