EKONOMI

Mranti Lantink Rais Hussin Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Berkuat Kuasa 9 Okt

08/10/2023 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah melantik Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 9 Oktober, 2023.

Agensi itu berkata Rais yang mengambil alih jawatan daripada pemangku CEO dan Ketua Pegawai Komersial Khairil Anuar Sadat, mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dan rekod kepimpinan yang kukuh dalam pelbagai sektor.

Dalam peranan baharunya, Rais akan bertanggungjawab memacu visi strategik MRANTI dan menyelia operasi hariannya, katanya dalam satu kenyataan.

Ia juga berkata beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi, teknologi dan keusahawanan.

“Saya komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan organisasi sebagai pemecut teknologi dan inovasi serta mengukuhkan ekosistem inovasi di Malaysia,” kata Rais.

Sementara itu, Pengerusi MRANTI Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata pengalaman luas Rais dan pemahaman mendalam mengenai nilai teknologi dan inovasi akan memainkan peranan penting dalam mengemudi MRANTI mencapai kejayaan yang berterusan.

MRANTI adalah agensi pengkomersilan Malaysia yang mempunyai sumber untuk mempercepatkan pengkomersilan idea-idea inovatif yang akan memacu impak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan