AM

LHDN SALUR RM20,000 KEPADA RACTAR SEMPENA PROGRAM JELAJAH BELANJAWAN 2024

22/09/2023 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyalurkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (RACTAR) sempena Program Jelajah Belanjawan 2024 agensi itu.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan berkenaan bagi menggantikan serta membaik pulih bumbung rumah RACTAR untuk memastikan kebajikan serta keselesaan para penghuninya terjamin.

"Sumbangan ini juga meliputi perbelanjaan pengurusan harian serta kelengkapan asas bagi kanak-kanak di rumah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, sumbangan berkenaan juga merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) agensi itu terhadap 30 orang kanak-kanak di RACTAR. 

"Selain berfungsi sebagai platform merealisasikan hasrat Kementerian Kewangan (MOF) bagi menjalankan program CSR kepada kumpulan sasar di negeri Selangor, ia juga bertujuan membina imej positif LHDN di samping menzahirkan keprihatinan kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan," menurut kenyataan itu.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.  

Dalam kenyataan sama Sim berkata, program CSR itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kerajaan dan masyarakat, malah ia merupakan komitmen berterusan bagi memastikan tiada golongan terpinggir dalam usaha kerajaan merangka belanjawan menyeluruh.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan