NEW DELHI, 15 Sept (Bernama) -- India mengimport 327,815 tan minyak sawit dari Malaysia pada Ogos --meningkat kira-kira 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Penghantaran dari Malaysia terdiri daripada 287,018 tan minyak sawit mentah (MSM), 24,000 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 16,797 tan minyak isirong sawit mentah.
Jumlah import minyak sawitnya pada bulan lepas adalah melebihi 1.12 juta tan, mewakili 61 peratus bahagian dalam keseluruhan import minyak sayuran, demikian menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut India.
Ia berkata walaupun ketersediaan mencukupi, penurunan mendadak dalam harga minyak makan domestik pada Ogos meningkatkan permintaan pengguna.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial