KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkongsi 10 pengumuman penting yang diumumkan Kerajaan Perpaduan sepanjang minggu lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata ia melibatkan kelulusan pemasangan unit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Perak.
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan geran kepada usahawan mikro yang dinaikkan kepada RM10 juta, peruntukan RM10 juta untuk bimbing B40 bandar berniaga sementara Skim Perubatan MADANI diperluaskan ke tujuh daerah baharu.
Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini pula, bas percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya ke Dataran Putrajaya.
Turut diumumkan adalah projek Perintis Mini Sekinchan untuk menghasilkan 10.45 tan padi sehektar, peruntukan tambahan RM30 juta untuk naik taraf laluan Gerik-Jeli dan peruntukan RM2 juta untuk naik taraf Zoo Johor.
Dalam pada itu, sebuah sekolah daif di Bangi telah siap ditambah baik manakala aplikasi MYJalan dilancarkan untuk memudahkan aduan kerosakan jalan raya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial