KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.
Beliau berkata lanjutan masa itu bagaimanapun disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau.
“Saya rasa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang akan memberikan penjelasan terperinci tetapi daripada pemahaman kami, lanjutan adalah dengan syarat dan dipatuhi dengan ketat,” katanya ringkas.
Sebuah portal hari ini melaporkan Lynas telah diberikan lanjutan masa tersebut susulan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat itu berhubung empat syarat dikenakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Rayuan itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk memastikan pengeluar nadir bumi itu boleh meneruskan operasi di kilang mereka di Gebeng, Kuantan selepas 1 Julai.
Lynas sebelum ini telah berulang kali mempertahankan bahawa kilangnya selamat dan menegaskan bahawa pelaksanaan syarat pelesenan sedemikian akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial