AM

BAIKI PPR, LPM MOHON PERUNTUKAN LEBIH SETENGAH JUTA SEGERA DILULUSKAN KPKT

23/04/2023 08:20 PM

MELAKA, 23 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka berharap Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan segera permohonan peruntukan lebih setengah juta bagi kerja-kerja pembaikan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin berkata ia bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan bagi 70 unit rumah yang terjejas teruk akibat kerosakan jubin lantai serta lapisan antibocor dapat dilakukan segera. 

"Sebelum ini, melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM), kita telah memohon peruntukan sebanyak RM600,000 pada Oktober lepas dan sehingga kini, masih menunggu kelulusan.

"Kita perlukan kelulusan tersebut memandangkan masalah kerosakan yang berlaku telah memberi impak kepada penduduk terutama penghuni unit berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Krubong hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh 2020 hingga 2022, LPM telah membaiki kerosakan di PPR itu yang melibatkan 213 unit dengan kos keseluruhan RM1.23 juta.

Rais juga berkata sebanyak RM21 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelengaraan PPR dan Rumah Pangsa Awam di Melaka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan