DUNIA

60 PERATUS GOLONGAN BELIA KOREA SELATAN TIDAK SOKONG PENYATUAN DENGAN KOREA UTARA - TINJAUAN

23/04/2023 03:02 PM

SEOUL, 23 April (Bernama-Yonhap) -- Kira-kira 60 peratus rakyat Korea Selatan berusia 20-an dan 30-an tidak menyokong penyatuan dengan Korea Utara adalah tidak perlu, menurut tinjauan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Tinjauan oleh kumpulan Barun Media Citizen Action itu mendapati bahawa 61 peratus dalam kalangan responden yang berusia 20-an dan 30-an menyatakan "tidak semestinya perlu" untuk penyatuan semula Korea.

Bagaimanapun, 24 peratus lagi responden berpendapat penyatuan dengan Korea Utara adalah "sangat diperlukan". 

Sejak kebelakangan ini, Korea Utara dilihat cuba menyemarakkan lagi ketegangan dengan melancarkan pelbagai jenis ujian peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18, baru-baru ini. .

Daripada 1,001 respondenm sebanyak 91 peratus berpandangan negatif terhadap China manakala 88 peratus lagi mempunyai pandangan negatif terhadap Korea Utara.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan