EKONOMI

ANAK SYARIKAT SALCON RAIH PROJEK LOJI KUASA HIDRO BERNILAI RM64.99 JUTA

17/04/2023 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Salcon Bhd (Salcon), Salcon Engineering Bhd, meraih kontrak pembinaan bernilai RM64.99 juta untuk membangunkan projek loji kuasa hidro berkapasiti 10.44MW di Empangan Sungai Selangor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata Salcon Engineering telah menerima surat lantikan daripada AIS Small Hydro Sdn Bhd pada 14 April 2023, untuk projek tersebut di bawah mekanisme tarif galakan.

AIS Small Hydro ialah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Air Selangor Holdings Bhd (AIS Holdings) dan Worldwide Holdings Bhd (WHB).

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Salcon Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 hingga 31 Dis 2025,” menurut Salcon.

Katanya projek itu dijangka siap pada 3 Mei 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan