AM

ESTILO MEDIA SUMBANG PEK MAKANAN BERBUKA KEPADA PETUGAS BERNAMA

10/04/2023 08:17 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Estilo Media mengagihkan sumbangan 200 pek makanan kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerusi program "Masak Apa Chef ?" hari ini.

Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Digital Estilo Media Shanghetaa Alfred Joseph berkata sumbangan itu bagi menghargai kerjasama pertubuhan berita itu dalam menyokong program masakan tersebut yang menampilkan cef-cef Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan budaya. 

"Kami ingin berterima kasih kepada Bernama kerana sudi memberi kerjasama sepanjang perjalanan rancangan ini yang memberi manfaat dan idea masakan kepada orang ramai," katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan di Lobi Bernama, di sini hari ini. 

Pada majlis itu, Estilo Media turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada beberapa petugas Bernama seperti baucar beli-belah bernilai RM100 dan cerek air. 

Rancangan “Masak Apa Chef” kini memasuki musim kedua yang membawa penonton meninjau pelbagai budaya dan masakan berbeza di negara ini, dan ia disiarkan bermula April di Bernama TV.

Objektif utama rancangan itu adalah untuk mempamerkan dan mempromosikan kepelbagaian budaya serta masakan Malaysia, selain menonjolkan bakat cef tempatan dalam menghasilkan sajian yang diinspirasikan daripada warisan dan adat resam negara ini.  

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan