EKONOMI

Hunza Group menang Anugerah Pemaju Hartanah Luar Negara Cemerlang di Hong Kong

17/02/2023 08:47 PM

GEORGE TOWN, 17 Feb (Bernama) -- Pemaju hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hunza Properties Bhd (Hunza Group) telah memenangi anugerah Jenama Cemerlang bagi Pemaju Hartanah Luar Negara pada majlis Anugerah Metro Finance Hong Kong Leaders’ Choice Award yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini.

Hunza Group dalam satu kenyataan berkata ia merupakan kemenangan kali ketujuh berturut-turut dan kekal sebagai satu-satunya pemaju di Malaysia yang dianugerahkan pengiktirafan tertinggi di rantau ini.

"Anugerah ini merupakan pencapaian yang menggembirakan bersempena sambutan ulang tahun ke-45 Hunza Group yang berlangsung tahun ini dengan tema ‘Fortifying the Future’, kata Pengarah Eksekutifnya Khor Tze Ming yang hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Beliau berkata syarikat itu sangat berterima kasih atas sokongan rakan kongsi dan pelanggannya di rantau ini untuk pengiktirafan ini, ia akan terus memberikan yang terbaik bersama-sama Jade Land Properties, rakan kongsi eksklusifnya di hab kewangan terkemuka Asia.

Hong Kong Leaders’ Choice Brand Award anjuran Metro Finance Metro Radio Hong Kong itu adalah acara tahunan wakil korporat untuk mengiktiraf jenama yang mempamerkan kecemerlangan dalam kualiti dan prestasi dalam bidang masing-masing, kata kumpulan itu.

Penerima anugerah telah diundi oleh usahawan-usahawan yang berpengalaman selepas melalui proses pencalonan yang ketat oleh sebuah panel bebas, katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan