AM

Hussein dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu

09/02/2023 08:36 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Hussien dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 13 Mac depan dengan memangku pangkat sebagai  Komisioner Polis (CP).

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor selepas Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed bersara wajib pada 2 Jan lepas.

Arjunaidi telah berkhidmat selama 35 tahun dalam PDRM dan pernah bertugas di tujuh Kontinjen Polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan