POLITIK

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti

03/02/2023 09:26 AM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang.

"Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebooknya hari ini.

Dua hari lepas, Ahmad berkata UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Katanya beliau telah menemui Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di Putrajaya berhubung isu itu.

Ia susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Jan mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan