EKONOMI

Subsidiari KSL beli tanah di Pulai berharga RM109.9 juta

08/08/2022 06:39 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- KSL Holdings Bhd melalui subsidiari milik penuhnya, KSL Development Sdn Bhd (KLSD) telah bercadang untuk membeli 84.087 ekar (34.028 hektar) tanah di Pulai, Johor Bahru pada harga RM109.884 juta.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata KLSD hari ini telah memeterai perjanjian jual beli dengan Tropicana Desa Mentari Sdn Bhd.

Pertimbangan pembelian dibuat setelah mengambil kira nilai pasaran sebanyak RM120.87 juta seperti yang ditentukan oleh penilai berdaftar.

"Cadangan pengambilalihan itu akan memperbesarkan bank tanah semasa kumpulan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan masa depan.

"Tanah tersebut dengan keluasan 84.087 ekar akan digunakan bagi pembangunan hartanah bertanah selain meningkatkan lagi kehadirannya dalam pasaran hartanah di Johor," katanya. 

Harga belian akan dibiayai melalui dana serta pinjaman yang dijana secara dalaman, syarikat akan mengambil kira nisbah penggearan, caj faedah, kedudukan tunai dan keperluan mudah tunai sebagai gabungan pembiayaan.

Tanpa menduga sebarang keadaan yang tidak dijangka, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai menjelang suku kedua 2023. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan