DUNIA

ISRAEL-GAZA: SINGAPURA SERU GENCATAN SENJATA BERPANJANGAN

08/08/2022 02:05 PM

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Singapura pada Isnin menyeru semua pihak yang terlibat dalam serangan udara dan serangan roket di Israel dan Gaza untuk "menghentikan ketegangan dan keganasan terhadap orang awam serta berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan".

Kementerian Luar (MFA) republik itu memaklumkan Singapura "tetap prihatin" tentang situasi semasa di Gaza dan Israel.

“Kami berasa sedih dengan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Kami menyeru semua pihak untuk menghentikan serangan terhadap orang awam, meredakan ketegangan dan berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan.

“Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keselamatan orang awam,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal Isnin.

Menurut laporan, pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara di kawasan disyaki mendatangkan "ancaman" oleh kumpulan Jihad Islam.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin, apabila tentera Israel menahan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Bassam al-Saadi dalam serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan