DUNIA

SPEAKER DEWAN AS PELOSI BERLEPAS DARI JEPUN, LENGKAPKAN SIRI LAWATANNYA KE ASIA

06/08/2022 03:04 PM

TOKYO, 6 Ogos (Bernama) -- Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia, lapor Sputnik, memetik akhbar Nikkei pada Sabtu.

Pesawat yang membawa delegasinya berlepas dari Tokyo selepas pertemuan Pelosi dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Speaker Dewan Rakyat Hiroyuki Hosoda.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menekankan pentingnya untuk meningkatkan pakatan AS-Jepun serta kerjasama yang bertujuan membina wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Sebelum tiba di Jepun, Pelosi melawat Singapura, Malaysia, Taiwan dan Korea Selatan. Lawatannya ke Taiwan mencetuskan kemarahan China yang melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di perairan berhampiran pulau itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan