EKONOMI

USAHA SAMA HSS ENGINEERS SEDIA PERKHIDMATAN RUNDINGAN PENGURUSAN MRT3

05/08/2022 12:27 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Usaha sama (JV) di antara HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) dan HSS Engineering Sdn Bhd (HSSE) telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan rundingan pengurusan projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) bernilai RM997.9 juta, menurut HSS Engineers Bhd.

HSS Engineers berkata JV berkenaan, iaitu di antara syarikat bersekutunya, HSSI dengan anak syarikat milik penuhnya HSSE telah menerima surat setuju terima daripada MRT Lingkaran Sdn Bhd pada Khamis.

Kontrak tersebut berkuat kuasa semalam untuk tempoh 11 tahun, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Peranan JV itu adalah bagi menguruskan penyampaian projek yang direka bentuk sepenuhnya, diperoleh, dibina dan bersepadu kepada MRT Lingkaran.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 hingga 31 Dis, 2033,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan