DUNIA

JEPUN: LEBIH 107,000 PENDUDUK DI ENAM WILAYAH DIARAH BERPINDAH AKIBAT HUJAN LEBAT

04/08/2022 04:38 PM

TOKYO, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 107,000 penduduk di enam wilayah telah diarah berpindah susulan hujan lebat dan ancaman banjir, menurut perkhidmatan bomba pada Khamis.

Arahan itu dikeluarkan di wilayah Aomori, Iwate, Yamagata, Fukushima, Niigata dan Ishikawa, manakala amaran tahap tertinggi telah dikeluarkan di wilayah Niigata, lapor Sputnik.

Bahagian utara dan timur Pulau Honshu kini dilanda hujan lebat, dan menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga menghalang beberapa laluan.

Banjir turut melanda wilayah Yamagata.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan