AM

17 PREMIS MAKANAN KOTOR DI KELANTAN DIARAH TUTUP - EXCO

04/08/2022 02:03 PM

KOTA BHARU, 5 Julai (Bernama) -- Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) pada tahun ini, didapati 75 peratus premis dikategorikan Gred A, 23 peratus Gred B dan dua peratus Gred C.

"Kita juga mendapati sejak tiga tahun lepas sehingga kini, sebanyak 1,079 kes keracunan direkodkan antaranya melibatkan kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pengajian tinggi.

"Kerajaan negeri memandang serius kejadian kes keracunan makanan dan kita menyokong sepenuhnya pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan harapan dapat meningkatkan tahap kesedaran pengusaha dan pengendali makanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Dr Izani turut berharap supaya JKNK mengadakan pemeriksaan terhadap penjaja di tepi jalan kerana rata-rata mereka melakukan penyediaan makanan di rumah dan tahap kebersihan yang diamalkan amat diragui.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan