MOSCOW, 5 Julai (Bernama) -- Akibat operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar US$750 bilion, kata Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal pada Isnin.
"Siapa yang harus bertanggungjawab membayar kos pemulihan negara, yang kini dianggar bernilai US$750 bilion?
“Kami rasa aset Rusia dan oligarki negara itu yang dirampas boleh digunakan untuk membiayai pembinaan semula Ukraine," katanya pada Persidangan Pemulihan Ukraine di Switzerland.
Shmyhal berkata aset Rusia bernilai US$300 bilion hingga US$500 bilion Rusia telah dibekukan dan sebahagian daripada wang itu telah dirampas kerajaan asing.
Ukraine juga mengalu-alukan derma daripada pelbagai negara dan pemberi pinjaman antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak pembiayaan, lapor Sputnik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial