POLITIK

PRU15: PH belum muktamadkan agihan kerusi

03/07/2022 04:48 PM

IPOH, 3 Julai (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai parti mana yang akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang pernah ditandingi oleh parti Bersatu, pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata parti Amanah, PKR dan DAP akan mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi bagi kawasan-kawasan berkenaan, dan keputusan akan diumumkan setelah kesepakatan dicapai.

"Kerusi Bersatu itu akan dibincang untuk pengagihan dalam PH, dan ia masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya pada sidang media Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Perak di sini hari ini.

Pada PRU14 lepas Bersatu yang menganggotai PH bertanding bagi merebut 52 kerusi parlimen dan berjaya memenangi 13 daripadanya, namun ia kemudiannya meninggalkan PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN).

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan