SUKAN

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota

01/07/2022 10:46 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sokongan dan jeritan penyokong yang memenuhi setiap ruang di Arena Axiata hari ini membakar semangat pemain sensasi Jepun Kento Momota di kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 hari ini.

Beliau yang turun selaku pilihan kedua, ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir hari ini.

Namun, keghairahan penonton untuk menyaksikan aksi Momota tidak lama selepas Rhustavito mengalami kecederaan betis sehingga terpaksa menarik diri, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada Momota.

Pemain berusia 27 tahun itu dijadual berdepan pemain bukan pilihan dari Thailand Kunlavut Vitidsarn yang mengecewakan pemain China Lu Gaung Zu 15-21, 21-10, 21-17.

Momota ketika ditemui mengakui sokongan padu daripada penonton membakar semangatnya untuk beraksi pada tahap lebih baik pada perlawanan hari ini.

“Penyokong Malaysia banyak membantu saya, sokongan mereka membakar semangat saya untuk bermain lebih baik. Saya harap sokongan ini kekal hingga final, jika saya berjaya melakukannya,” katanya.

Menurut Momota, pada awal penyertaannya di Terbuka Malaysia kali ini, beliau kurang yakin dengan prestasi sendiri, namun selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir, ia melonjakkan semangatnya untuk beraksi di final.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan