AM

Seramai 31 calon STAM di Kelantan peroleh Mumtaz

30/06/2022 04:10 PM

KOTA BHARU, 30 Jun (Bernama) -- Seramai 31 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya meraih pangkat Mumtaz (Cemerlang), kata Pengarah YIK Engku Rajhan Engku Ismail. 

Beliau berkata keputusan itu merangkumi seramai 1,028 calon daripada 24 pusat yang berdaftar bagi menduduki peperiksaan STAM pada 2021.

"Dalam pada itu, seramai 106 calon berjaya meraih pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik), 263 calon pangkat Jayyid (Baik) dan 63 calon memperoleh pencapaian Maqbul (Lulus).

"Bagi pencapaian gred purata peringkat YIK ia menunjukkan penurunan iaitu 3.08 pada 2020 kepada 3.55 pada 2021 manakala pencapaian lulus mengikut pangkat juga menunjukkan penurunan bagi 2021 iaitu 45.04 peratus berbanding 54.87 peratus pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan STAM 2021 di Kompleks YIK di Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Engku Rajhan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan punca penurunan pencapaian pada 2021 itu adalah disebabkan kekangan pembelajaran sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda negara.

"Pandemik lalu memberi kekangan kepada guru-guru untuk melakukan sesi pembelajaran secara bersemuka selain pihak kami juga turut mendapati ramai pelajar berdepan dengan kekangan untuk memiliki peranti dan masalah capaian Internet ketika sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan