KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara.
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Selain itu, turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Mesyuarat berkenaan juga dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir.
Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak diiringi Timbalan Premier.
Mesyuarat kali ini berlangsung selepas yang terakhir diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Mizan Zainal Abidin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial