SUKAN

Skuad boling raih dua perak, satu gangsa di Sweden

30/06/2022 12:30 AM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Skuad muda boling negara melakar kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden, hari ini.

Pada kejohanan berlangsung di Olympia Bowling itu, Ahmad Azriq Izamudin meraih perak acara individu lelaki selepas mencatat keseluruhan 666 jatuhan pin setelah tewas kepada pemain tuan rumah Carl Eklund yang melakukan 730 jatuhan pin dalam aksi final.

Bagi aksi individu wanita, Alya Addini Zulamri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tumpas di tangan pemain Singapura, Colleen Pee

Alya Addini tewas pada permainan pertama dengan membuat 190 jatuhan pin manakala Pee membuat 213 jatuhan pin.

Kedua-dua pemain kemudian terikat dengan masing-masing melakukan 212 jatuhan pin di permainan kedua sebelum Pee memastikan kemenangan dalam permainan penentuan dengan catatan 60-40 jatuhan pin.

Sementara itu, gandingan Airel Amri Suhaimi-Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin meraih gangsa selepas tewas kepada gandingan tuan rumah Carl Eklund-Robin Ilhammar bagi acara beregu lelaki di peringkat separuh akhir.

Eklund-Ilhammar membuat keseluruhan 467 jatuhan pin manakala Airel Amri-Megat Zaqrul membuat 378 jatuhan pin dalam dua permainan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan